Jumat, 21 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Isu PTPTN Sekat ke luar negara sudah memadai

Isu PTPTN Sekat ke luar negara sudah memadai

Mohd Shahar Abdullah

SHAH ALAM – Aspirasi hari ini menggesa kerajaan mengkaji semula pelaksanaan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar.

Presidennya, Mohd Shahar Abdullah berkata, tindakan tersebut akan menambahkan beban kepada peminjam dana pengajian itu terutamanya golongan muda.

Menurutnya, peminjam dana tersebut sebenarnya telah mempunyai kesedaran selepas usaha kerajaan yang memberi potongan diskaun untuk membayar balik pinjaman.

“Saya rasa terkejut apabila mendengar berita tentang peminjam PTPTN yang ingkar akan disenaraikan dalam CCRIS.

“Aspirasi sendiri memang tidak akan bersetuju, janganlah membebankan peminjam yang selalunya adalah golongan muda.

“Kami meminta kerajaan yang dipilih rakyat pada PRU lalu mengakaji semula perkara ini sebelum dilaksanakan, jangan membebankan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Tambahnya, tindakan yang dikenakan kepada peminjam ingkar sebelum ini sudah memadai .

“Tindakan sebelum ini sudah memadai dengan tidak membenarkan peminjam  ingkar keluar negara,”katanya.

Semalam, media melaporkan PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam ingkar, bermula bulan ini.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang telah dilaporkan oleh institusi kewangan.

Katanya, menerusi pendekatan ini peminjam PTPTN yang ingkar menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya.

Dalam pada itu, Mohd Shahar turut berkata, jika perkara itu diteruskan golongan muda yang menyumbang kepada ekonomi negara akan menjadi tidak proaktif apabila beban semakin bertambah.

“Bagilah mereka masa, kalau menambahkan beban seperti ini, mereka akan jadi tidak proaktif.

“Mereka aset negara,”jelasnya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar