Jumat, 14 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » Mengaku Hisap Ganja Dgn Lovato Cyrus

Mengaku Hisap Ganja Dgn Lovato Cyrus


Ahli kumpulan Jonas Brothers, Joe Jonas mengakui dia pernah menghisap ganja ketika di usia 17 tahun dengan penyanyi seangkatannya iaitu Miley Cyrus dan Demi Lovato.

Joe membuat pendedahan itu menerusi temubualnya bersama Vulture media.

“Pertama kali saya menghisap ganja adalah bersama Miley dan Demi, ketika saya berusia 17 atau 18 tahun. Mereka menggesa saya untuk mencubanya, jadi saya pun mencubanya dan semuanya baik-baik sahaja,” dedahnya lagi.

Namun, Joe, 24, mengatakan dia kini tidak lagi menghisap ganja seperti sebelum ini.

Selain itu, penyanyi ini juga mengakui dia kehilangan teruna di usia 20 tahun ketika berpacaran dengan bintang siri Twilight, Ashley Greene.

Sebelum ini, Joe dan adik-beradik bandnya, Nick dan Kevin pernah membuat janji akan kekal teruna sehingga majlis perkahwinan mereka namun nampaknya dia sendiri telah memungkiri janji tersebut.

Sekarang ini Joe dilaporkan bercinta dengan pereka grafik, Blanda Eggenschwiler.

Oleh: AUDREY LEE

Tidak ada komentar:

Posting Komentar